BELAJAR
Semua orang boleh belajar tapi cara mudah untuk mendapatkan ilmu ialah;
1. NIAT
Merujuk kepada hadis pertama berkenaan niat.
عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ
كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.
"Dari Amirul Mu'minin, Abu Hafsin 'Umar ibn al-Khattab r.a, dia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung dengan niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
(HR Bukhari & Muslim)

Kesimpulannya, niatkan di dalam hati,
AKU NAK BELAJAR!
2. DOA
Setiap kali nak belajar, nak buka buku, DOA.
Banyakkan berdoa.
Bila kita mula membuka buku dengan doa, kita akan mudah mendapat ilmu.
Akhirkan pelajaran (menutup buku) dengan tasbih kafarah dan Surah al-Asr supaya ilmu yang kita pelajari akan kekal dan tidak lupa.
InsyaAllah.
سبحانك اللّهمّ وبحمدك اشهد ان لا اله الّا انت استغفرك واتوب اليه
3. MASA ULANGKAJI
Waktu paling mustajab untuk ulangkaji adalah SEBELUM SUBUH & SELEPAS MAGHRIB (ruang waktu antara masa maghrib dan isyak)
4. BACA AL-QURAN
Al-Quran adalah pintu kepada ilmu.
Mulakan belajar dengan membaca al-Quran dan rehatkan diri dengan bacaan al-Quran.
Ketika membaca al-Quran, hati menjadi tenang.
Ilmu mudah masuk ke dalam hati yang tenang & bersih.
5. FAHAMI DIRI
Luangkan sedikit masa untuk bersendiri.
Fahami diri.
Ketahui kekuatan & Kekurangan diri.
Gunakan kelebihan untuk bantu orang lain.
Jangan jadikan kekurangan sebagai penghalang untuk kita berjaya. Jadikan ianya sebagai satu ujian yang perlu kita tempuhi.
6. DOA IBU
Minta ibu bapa untuk mendoakan kejayaan kita.
Doa ibu bapa adalah antara doa yang diperkenankan oleh Allah.
"Doa ibu bapa untuk anaknya menembusi hijab"(HR Ibn Majah)
Wallahu 'alam...
INGINKAN DUNIA, CARILAH ILMUINGINKAN AKHIRAT, CARILAH ILMUINGINKAN KEDUA-DUANYA, CARILAH ILMU
Semoga kita sama-sama menjadi manusia yang berguna di dunia & di akhirat.

0 comments:
Post a Comment