...latest...

...latest...

Sunday, 18 May 2014

Kuliah Subuh Bersama Ustaz Nabil Mahathir al-Hafiz

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah selesai sudah perkongsian yang cukup bermakna daripada Ustaz Nabil Mahathir al-Hafiz. Tahniah kepada pihak yang menjayakan program ini. Semoga usaha untuk menghadirkan lebih banyak jemaah semasa solat subuh mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

CINTA (الحب)
Tajuk yang menjadi pilihan Ustaz Nabil untuk dihuraikan. Alhamdulillah isi yang sungguh padat dan bermanfaat. Mengapa CINTA?
"Tidak beriman salah seorang di antara kamu sebelum ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri."
(HR Bukhari & Muslim)
Cinta merupakan satu kurniaan daripada Allah SWT. Namun, bagaimana untuk kita sebagai makhluk ciptaanNya yang perlu tunduk patuh pada perintah Allah menguruskan rasa cinta yang menjadi fitrah manusia tersebut sehingga mendapat keberkatan dan manfaat daripadanya. Oleh itu, Ustaz Nabil telah menghuraikan beberapa tingkatan cinta yang perlu diutamakan. 

1. Cinta kepada Allah & Rasul
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya dan manusia seluruhnya."
(HR Bukhari & Muslim)
Seringkali terungkap di bibir kecintaan terhadap nabi, terutama ketika menyambut awal muharam dan maulidur rasul. Namun cukupkah sekadar mencintainya hanya pada sebahagian masa. Adakah kecintaan terhadap baginda mempunyai musim?
Sedangkan baginda Rasulullah SAW bersabda,
"Aku sangat suka untuk bertemu dengan saudara-saudarku yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."
(HR Ahmad)
Betapa sayangnya baginda terhadap kita, sehinggakan pada akhir hanyat bagnda pun baginda masih menyebut "ummati".

Bagaimana pula menjadikan Allah dan Rasulullah sebagai cinta pertama kita?
Di ceritakan sebuah kisah sahabat yang suka meniru setiap perbuatan nabi sehinggakan sekecil-kecil perkara kerana rasa cintanya yang mendalam terhadap baginda.

2. Cinta kepada Ibu Bapa
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa."
(HR Tirmizi)
Tanpa keredhaan ibu bapa, sukar untuk kita mendapatkan keredhaan Allah. Oleh itu, ubah konsep cinta kita. Utamakan ibu bapa. Keputusan ibu bapa adalah yang terbaik untuk kita.
Tanpa mereka, tiadalah kita!

3. Cinta kepada Ilmu
Kenapa perlu cinta kepada ilmu?
Setiap perkara yang hendak dilakukan perlulah disertakan dengan ilmu.
"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah."
(HR Imam Malik)
Dua rujukan utama umat Islam untuk terus berada di atas jalan yang benar.
Ilmu yang menyelamatkan kita daripada tersesat dalam kehidupan dunia yang penuh cubaan.
JANGAN beramal tanpa ilmu, kerana ia membawa kepada kesesatan.
Oleh itu, sebagai umat Islam kita digalakkan untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin.
"Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga liang lahat."
(HR Bukhari)
Namun, ilmu yang diperolehi dan dipelajari perlulah di amalkan kerana ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah.
Sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang di amal dan diajar.

4. Cinta kepada Wanita (berlainan jantina)
setelah memiliki ketiga-tiga cinta yang sebelumnya, maka secara sendirinya kita akan mengetahui had-had dalam menyintai berlainan jantina.
Nafsu memang wujud dalam diri setiap manusia. Namun, bila dihadirkan cinta terhadap insan bersama ilmu dan cinta terhadap Allah, Rasul serta ibu bapa, maka ia akan menjauhkan kita daripada zina.

5. Cinta kepada Harta
Boleh untuk setiap daripada kita menyintai harta TAPI jangan melampau.
Cinta tersebut hendaklah mengikuti batasannya dan berpandukan apa yang Allah suruh.

ORANG YANG BERJAYA ADALAH ORANG YANG BANYAK BERTANYA DAN TIDAK MALU.

0 comments: