JIKA kita sedar betapa tingginya nikmat yang Allah anugerahkan, nescaya tidak ada satu alasan pun untuk derhaka kepada-Nya.
Sejak bangun daripada tidur sehingga tidur kembali, bahkan dalam tidur itu sendiri, semuanya itu tidak akan dapat dilakukan tanpa kuasa dan izin Allah swt. Apa yang ada pada diri kita mulai dari hujung rambut hingga
Hujung kaki adalah pemberian Allah.
Segala pemberian yang ada di sekeliling kita seperti keluarga, sanak saudara hingga harta benda adalah kurniaan Allah. Tidak ada satu detik pun yang diijalani oleh seorang hamba dalam kehidupannya didunia ini,
Melainkan ia berada di bawah kurniaan dan anugerah Allah. Firman Allah swt yang bermaksud: “ Dan apa Saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allahlah (datangnya).” (Surah an-Nahl:53)
Seorang lelaki datang kepada Ibrahim bin Adham lalu berkata: “Sesungguhnya aku adalah orang yang banyak
Melakukan dosa , maka nasihatilah aku!”
Ibrahim berkata; “ Jika kamu mahu menerima lima perkara dariku dan kamu mampu melaksanakannya, maka perbuatan maksiat apa pun tidak akan mencelakakan kamu.”
Maka orang itu berkata:”Apakah itu?”
Ibrahim berkata:” Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah SWT maka janganlah kamu makan daripada rezeki-Nya!”
Orang itu menjawab: “Jika begitu, dari mana aku makan kerana semua yang ada di bumi ini adalah pemberian-Nya?”
Ibrahim berkata; “ Jika kamu mahu menerima lima perkara dariku dan kamu mampu melaksanakannya, maka perbuatan maksiat apa pun tidak akan mencelakakan kamu.”
Maka orang itu berkata:”Apakah itu?”
Ibrahim berkata:” Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah SWT maka janganlah kamu makan daripada rezeki-Nya!”
Orang itu menjawab: “Jika begitu, dari mana aku makan kerana semua yang ada di bumi ini adalah pemberian-Nya?”
Ibrahim berkata:”Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah sedangkan kamu memakan rezekiNya?”
Orang itu menjawab:”Tidak, kemudian apa yang kedua?”
Ibrahim berkata:”Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah SWT maka janganlah kamu tinggal dibumiNya!”
Orang itu menjawab:”Tidak, kemudian apa yang kedua?”
Ibrahim berkata:”Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah SWT maka janganlah kamu tinggal dibumiNya!”
Maka orang itu berkata:”Ini lebih besar dari yang pertama, di mana aku harus tinggal?”
Ibrahim berkata:”Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah sedangkan kamu memakan rezekiNya dan tinggal dibumiNya?”
Orang itu menjawab:”Tidak, kemudian aoa yang ketiga?”
Ibrahim berkata, “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah SWT maka carilah tempat di mana Allah SWT tidak melihatmu!”
Orang itu berkata:”Ke mana aku harus pergi sedangkan Allah mengetahui semua yang Nampak dan tersembunyi?”
Ibrahim berkata:”Apakah kamu patut bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezekiNya dan tinggal dibumiNya serta dDia melihat apa yang kamu lakukan?”
Orang itu menjawab:”Tidak, kemudian apa yang keempat?”
Ibrahim berkata:”Jika malaikat maut datang untuk mengambil rohmu, maka mohonlah kepadany: Berilah aku waktu agar aku boleh bertaubat dan beramal soleh!”
Orang itu berkata:”Permohonanku tidak akan dikabulkan dan mereka tidak akan menunda (kematianku).”
Ibrahim berkata:”Jika kamu tidak dapat menghindar daripada datangnya kematian agar dapat bertaubat dan beramal soleh maka kenapa kamu berbuat maksiat kepadaNya?”
Orang itu berkata:”Lalu apa yang kelima?”
Ibarahim berkata:”Jika di hari kiamat nanti, malaikat penjaga neraka datang untuk mengirimkanmu ke neraka, maka janganlah kamu menurutinya!”
Orang itu berkata:”Mereka tidak akan melepaskanku dan tidak akan mengabulkan keinginanku.”
Ibrahim berkata:”Jika demikian, bagaimana kamu berharap dapat selamat?”
Orang itu pun berkata:”Cukuplah hal ini bagiku. Sungguh aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya.
Nasihat ulama mulia itu membuktikan semua
Nikmat di dunia ini adalah anugerah kurniaan daripada Allah. Menyedari hakikat ini, adalh menjadi kewajipan untuk kita sentiasa bersyukur kepada Allah pada bila-bila masa, di mana dan dalam keadaan apa sekalipun. Syukur kita adalah bentuk nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman Allah yang bermaksud:”Dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar menyembahNya.”(Surah al-Baqarah,2:172)
Sesungguhnya syukur haris dilakukan dengan hati, lisan dan anggota badan.
Gunakan nikmat yang dianugerahkanNya untuk merealisasikan tujuan utama kita diciptakan, iaitu untuk beribadah kepada Allah SWT. Sesungguhnya kebahagiaan tidaklah diukur dengan limpahan harta dunia.
Ketenangan jiwa hanya akan diraih oleh orang mukmin yang selalu bersyukur kepadaNya. Syukurilah segala nikmatNya sekecil apa pun nikmat itu menurut kita, kerana Allah menjanjikan pahala bagi orang yang mahu bersyukur, dan mengancam dengan seksa bagi orang yang kufur.

0 comments:
Post a Comment