...latest...

...latest...

Wednesday, 5 June 2013

Amalan Untuk Meraih Cinta Allah SWT

Ku cinta Dia.Kita mencintai Allah SWT,Adakah sekadar kata-kata cukup sebagai bukti? "Tidak,cinta kepada-Nya tidak berbukti hanya melalui kata-kata." Hasan Al-Basri rahimahullah berkata: Para sahabat Nabi SAW berkata "Wahai Rasullulah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah SWT."  Kemudian Allah SWT mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepada-Nya. Dengan itu Allah SWT menurunkan ayat berikut.

Katakanlah (wahai Muhammad) "Jika benar kamu mencintai Allah SWT maka ikutilah aku. Nescaya Allah SWT mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani. (Ali 'Imran:31)
Dari Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT berfirman:: " Barangsiapa memusuhi kekasih-Ku, maka Aju memberitahu kepadanya bahawa dia akan Aku perangi. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dengan seseuatu yang amat Aku cintai lebih daripada apabila dia melakukan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dan melakukan perkara sunnah sehingga akhirnya aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah telinganya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya yang dia gunakan untuk berjalan.Andaikata dia meminta sesuatu kedapa-Ku pastilah Aku beri, dan andaikata dia memohon perlindungan kepada-Ku pastilah aku lindungi." (Riwayat Bukhari)

Saidina Umar Al-Khattab R.A pernah berkata: "Amalan yang paling Afdhal ialah melaksanakan amalan yang di fardhukan oleh Allah SWT,menjahui perkara yang diharamkan-Nya dan bernanya niat untuk mendapatjan apa yang ada di sisi Allah SWT semata-mata. " Al-Quran diantara perkara sunat utama yang dapat mendekatkan diri dengan Allah ialah membaca Al-quran dan mendengarnya dengan penuh tafakkur tadabbur serata memahaminya. 
Firman Allah SWT:: 
Wahai Manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dah Hidayah pertunjuk ( Untuk keselamatan), Serta Rahmat bagi orang-orang beriman (Surah Yunus: 57)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :: "bacalah Al-Quran kerana ia akan memberi Sayfaat (pertolongan) kepada sesiapa membacanya pada hari akhirat kelak."
Bukti dicintai-Nya 
Apabila seorang hamba dicintai Allah SWT, maka ada buktinya dan ada tandanya.
Telingannya hanya mendengar sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah SWT,tidak atas dorongan hawa nafsu dan syaitan. Pandangan mata nya,sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, jauh daripada dorongan kebiasaan hawa nafsu dan syaitan.Tangan kaki dan pergerakkannya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT,bukan kemaksiatan kepada-Nya. "Kita muhasabah diri.Adakah terdapat diriku bukti-bukti itu? Adakah aku dicintai-Nya? " Asysyaukaani berpendapat: " Allah SWT memberi kepada angota-angota tersebut Nur-Nya (Cahaya) yang menyuluh jalan hidayah dah menghindarkannya daripada kesesatan. "Siapa bertahta di hati?
Firman Allah SWT: Katakanlah: " Jika bapa-bapa,anak-anak, sudara-saudara,ister-isteri,kaum keluarga,harta kekayaan yang kamu usahakan,perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu suaki,adalah lebih kamu cintai daripada Allah SWT dan Rasul-NYa serta berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sehingga Allah SWT mendatangkan keputusan-Nya" . Dan Allah tidak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasiq. "(At-Taubat:24)Kecintaan kepada Allah SWT pasti membuah cinta kepada teman hidup dan keluarga. Cinta insani itu adalah buah daripada cinta kepada Allah SWT. Kecintaan kepada teman hidup dan keluarga perlu didasari dengan cinta kepada Allah SWT.

0 comments: